Satu Keluarga Pada Satu Masa: Memecahkan Kitaran Kemiskinan
Memberi bantuan makanan dan kewangan adalah penting untuk kelangsungan hidup, tetapi untuk memecahkan kitaran kemiskinan, pendekatan yang lebih holistik diperlukan. Matlamat kami bukan hanya untuk membantu mereka 'survive', tetapi untuk membantu mereka 'thrive'.
Pendekatan kami memberi tumpuan kepada dua teras utama: pendidikan untuk anak-anak dan pemerkasaan ekonomi untuk ibu bapa. Bantuan yuran dan peralatan sekolah memastikan anak-anak dapat terus belajar. Pada masa yang sama, kami menyediakan latihan kemahiran dan modal permulaan perniagaan untuk ibu bapa, terutamanya ibu tunggal, agar mereka dapat menjana pendapatan sendiri.
Dengan strategi serampang dua mata ini, kami berharap dapat mengubah nasib satu keluarga pada satu masa. Apabila anak-anak berpendidikan dan ibu bapa berdaya saing dari segi ekonomi, mereka bukan sahaja keluar dari kemiskinan, tetapi mereka menjadi ejen perubahan dalam komuniti mereka pula. Sumbangan anda adalah bahan api kepada enjin perubahan ini.